Saturday, April 28, 2012

Tempat-tempat BEST di Melaka *Episod II*

Ahaa..kembali bersama saya Izz dalam "Tempat-tempat paling Best di Melaka Episod 2". Okeh malas nak cakap banyak (padahal tak larat nak tulis banyak-banyak), jom kita terjah tempat-tempat menarik kat Melaka nih.Hohoi!!

Menara Taming Sari Melaka
So apa yang best kat Taming SAri ni? Okeh kat Taming Sari ni korang akan dapat melihat segenap seluruh pemandangan Melaka daripada atas. Memang best giler dan berbaloilah RM10 sorang dilaburkan untuk benda ni. Perjalanan untuk menara ni naik daripada bawah ke atas and then turun balik adalah lebih kurang 15minit Kiz rasa. Erm, tak pun 20minit, KOT?


Ahah, sebelum naik menara tu adalah disyorkan untuk korang bayar parking tiket di kaunter yang berhampiran sebab Majlis Perbandaran Melaka pun lebih kurang ketatnya dengan MBSA kat Shah Alam ni. Kiz haritu ada masalah cket sebab orang kaunter tu mintak beli buku tiket parking yang mengandungi lebih kurang 60 tiket sekaligus. Kitorang jalan Melaka untuk 1 hari so buat apa nak beli sampai satu buku?

So apa yang Kiz buat adalah kitorang carik 'brader-brader' kat situ pastu beli tiket ngan diorang sebab diorang pun dah tersalah beli 1 buku terus. Ni salah satu alternatif la untuk orang yang memang suka berjimat macam Kiz ni.Hihi. Okeh, jom layan gambar dulu..ZASSS!



Coconut Shake Pantai Kelabang.
Urm, actually dia sebelum Pantai Kelebang. Kalau korang daripada bandar Melaka menuju ke Pantai Kelebang, korang akan jumpa stall Coconut Shake ni kat belah kanan berdekatan dengan Stesen Minyak Esso ke Shell ntah. Hmm jap ye Kiz nak g search kat google gambar stall dia sebab haritu lupa nak amek gambar..


Ahaa akhirnya aku jumpa jugak gambar die.Kekeke(gelak jahat). Ahah satu lagi, stesen minyak Caltex rupanya seperti yang terpampang digambar kat atas ni dan bukannya yang tertulis oleh Kiz tadi iaitu Esso atau Shell.


 Memang sedap giler beb coconut shake dia sampai Kiz sorang beli 2 tuh. Actually mula-mula beli satu sorang pastu disebabkan sedap sangat sampai patah balik beli lagi skali di tengah-tengah panas terik yang memancar-mancar disegenap tubuhku(amboi!). So kalau dah sampai patah balik tu tau-tau lah kan camne sedap dia kan? Ahah wajib dicoba ye adik-adikku.

Kuih Keria Hj Jalil (limbongan)
Kalau korang peminat kuih-kuih tradisional memang sini lah Kiz rasa spot terbaik untuk korang terjah dulu bila sampai kat Melaka tak kesah lah tengah tak tahan nak buang air besar ke ape ke, datang sini dulu sebab Kuih Keria dia memang terbaik ohh. Saiz dia pun lebih hangat daripada biasa tapi sudah tentunya tak hangit (ayat ntah pape). Ahah dah macam sales promoter dah aku ni.


Ahah kitorang sempat jugak bergambar dengan kuih keria dan jugak makcik pembuat Keria ni. Disebabkan Kiz tak sempat nak berinterbiu nama mak cik ni, tu pasal la Kiz tulis Mak Cik Keria dan tak lupa jugak, "mak cik giler kerira" yang memang gilakan kuih keria ni. Jangan marah ye cik techix.Hihi


Lagi? Apa lagi yang best?
Ahah selain pada tempat-tempat yang Kiz dah citerkan ni memang Kiz dah tak tau dah kat mana lagi yang BEst. Lepas pada layan kuih keria tu, kiz sempat jugak jenjalan kat Mahkota Parade sebab dah lama sangat tak jenjalan kat situ. Berjaya jugak izz beli spec Ray-ban "original la sangat" kat situ. Eh perlu ke nak citer? PApejelah Izz! Okes jom layan gambar-gambar kitorang makan Ais Kacang kat dalam Mahkota Parade ni.




Okeh lah setakat ini sahaja posting untuk hari ni. Semoga korang have fun ye bila sampai Melaka nanti. Papehal boleh contact Kiz manatau nak mintak guide jalan ke ape ke okeh. InsyaALLAH kitorang tolong.


Jari Menaip,
IZz ( Kiz)

Wednesday, April 25, 2012

Tempat-tempat paling best di Melaka (Episod 1)

Eh-eh, siapa yang tak tau Melaka? Ala bandaraya bersejarah tu. Haa, hari ni Kiz nak story kat korang pasal tempat best ataupun spot-spot best yang paling best kat Melaka sebab Kiz baru sahaja balik dari melancong ke Melaka semalam. Walaubagaimanapun (eceh ayat), Kiz tak nak citer la pasal tempat-tempat biasa yang of course semua orang kat Malaysia ni pun dah tau macam Kota A-Famosa-lah, Taman Buaya-lah, Muzium Seni Melaka-lah blah blah blah tu. Kiz nak citer tempat-tempat yang jarang-jarang orang tahu.


Are u ready guys, yupp! Jom terjah.


ASAM PEDAS BANDAR HILIRAN EH BANDAR HILIR

Ahaa, ni sepatutnya tempat pertama Kiz akan pergi semalam tetapi disebabkan dah dekat 1 jam berpusing-pusing bersesat-sesat tunggang terbalik ape sume still tak jumpa-jumpa, akhirnya Kiz serang je ada satu kedai makan kat Bandar Hilir ni (dah lapo sangat le tu). Namanya Mak Jah Asam Pedas. BEST giler beb asam-pedas dia, pedas dibibir, bukan dimulut disebabkan orang Melaka suke guna Lada Sulah bak kata cik techix kite. Harga? Hmm harga boleh tahan tapi takpelah, janji puas.

JONKER WALK

Ok ok Kiz tau tempat ni pun dah biasa korang dengar kan. Ade-ku-kesyah? Hihi gurau je, actually Kiz dah masuk kali ketiga rasanya jenjalan kat jonker walk ni. Memang banyak Kiz berjalan kat sini, yelah, dah nama Jonker-Walk kan, mesti la banyak berjalan luas pemandangan ye tak? So apa yang luas pemandangannya sangat kat tempat ni?

Memang Panas kat sini, tapi sangat best oke

Menikmati keindahan kota bersejarah. Ececeh!

Adakah lembu ini boleh bergerak?


Ahaa kat sini kalau korang jenis suka carik barang-barang vintage mahupun antik (same lah tu!), sini memang tempat terbaik untuk korang sebab Kiz dah jumpa 3-4 kedai yang memang jual banyak barang-barang vintage macam lampu lama, telefon lama, perabot vintage, tin coca-cola tahun 1920 gitu, poster-poster lama zaman Elvis Presley dan macam-macam lagilah. Tapi sayangnya semuanya memang harga taknak kalah. Tapi sebab dah jauh-jauh dari Shah Alam sampai, Kiz beli jugak satu beg vintage ni harga RM40 lebih kurang. Hepi sangat ohh dapat beg ni.




Pastu ada jugak macam-macam hasil kraftangan Melaka macam beg-handmade itu handmade dan ini handmade(paham-paham lah ye). Apa yang menarik kat sini bagi Izz adalah bangunan dia. Memang pergh vintage giler beb dowh! (peminat vintage memang camtu ayat dia jadinya).

MAKAN CENDOL JAM BESAR.

Ahah Cendol Jam besar ni bersarang diantara jonkerwalk dengan muzium seni melaka tu. Biasanya kalau korang nak pergi ke Makhota Parade (MP) tu meti korang akan lalu ada satu simpang tiga ber-roundabout ni dimana kekanan untuk g jonker-walk, ke kiri untuk ke MP. Sebelum simpang tiga tu lah bertempatnya Cendol Jam besar ni. Dengar citer memang best giler cendol dia. Tapi apakah malangnya nasib Kiz, hari Kiz datang tu lah dia nak tetiba cuti pulak. Melepas sudah.

Tapi takpe, Kiz still mendapat kepuasan selepas berjaya mengambil beberapa gambar di hot-spot-orang-paling-suka-bergambar di melaka. Tangga sebelum masuk muzium seni Melaka. hihi.

Ada gaya nyonya baba tak? hihi

Budak Izz dah masuk air maka jadilah macam ni.


Okes selesai untuk Episod 1 tempat-tempat paling best sebelum korang boring baca entri panjang-panjang sebab masih ada lagi 3-4 tempat Kiz belum criter kat korang. So, nantikan episod yang terakhir akan datang. Eh dah nak masuk episod final dah ke? hihi whatever jelah.



Jari Menaip,
IzZ ( Kiz )

Tuesday, April 17, 2012

Perempuan dan Shopping adalah BFF.

Assalamualaikum.

See tajuk sahaja kaum lelaki pasti akan menggelengkan kepala. Tapi nak tak nak depa memang kena hadap perempuan shopping. Tak lari mana pun sifat perempuan keliling mereka.Tak mama dia, kakak dia atauuuu kekasih hati.

Jadi hari ini tajuk perbincangan kita adalah perempuan dan shopping adalah kawan baik selamanya.

Perempuan selalu kata shopping ni macam terapi. Macam penyembuh duka mereka. Sebab bila beli sekecil cincin yang style pun dah boleh lebar sangat senyumnya. Dah terus lompat bintang sebab suka sangat beli sesuatu. Kalau bukan beg, beli kasut.Kalu bukan baju beli tudung/shawl.

Dahlah suka shopping, pastu nak berteman. Perempuan kadang-kadang takmo orang yang kuat shopping jugak jadi peneman. Sebab nanti susah lah baginya untuk memilih. Sebab dia nak tanya cantik tak ok tak sesuai tak tu kat sapa kalau peneman pun sibuk bershopping. Di sini mangsa utama adalah suami/teman lelaki/ perempuan yang tak suka shopping. Bak kata ustaz Azhar Idrus,




Dapatlah saya tegaskan di sini sesungguhnya kechik amat bersyukur bilamana Iz adalah sangat sabar dan rajin melayan kechix shopping. Sangat sabar. Di harap selepas berkahwin nanti begitulah hendaknya juga.



Hujung minggu lalu kami keluar. Tujuan utama untuk berjumpa rakan kongsi niaga untuk booth next time lepastu hmmm mana diorang tak datang. Jadi merujuk sebab di atas bila tension sikit mulalah kena beli sesuatu kan. Yang bestnye Iz siap offer jom pergi Sunway sedangkan ketika itu di Jusco.Baik kan bf titeeww *senyum senget*. Kechix telah membeli 3 barang yang oh-makan-megi-dua-miggu-lah-kau-lepasni.Jom cekidaut. Haa i bukan nak menunjuk taw.Nak share je. Ni murah tapi menggembirakan hatiku.

sunglasses dah lama minat dan incik iz minat by vincci je.

titewww suka yang ini sangat.RM10 jeww.

bakal kasut konvokesyen nanti bulan 5.loveeeee so muchhhh.
p/s : Tapi kalau tension sikit shopping masalah sikit nak shopping payah jugak.

Monday, April 9, 2012

Kisah Misteri Kehilangan Episode 1 : Masalah tiba. Masalah pergi.

Assalamualaikum semua.

Hamboi kemain lagi Kiz ni.Semalam nak bermisteri - misteri. Hari ni nak buat drama samarinda pulak ya. Ala tak salahkan sesekali nak feeling retiss u olls.

Ok lah, lama sangat dah tak update belog ni. Kekok jari menaip-naip. Adegan tolak menolak siapa nak mengupdate antara Iz dan Kechix tak usah di pertonton. Memang dua-dua suka sangat suruh menyuruh last-last hmmm belog terbiar sepi di penuhi lalang kering hiasi taman ini. Sungguh metafora.

Kiz lalui banyak sangat perkara dalam masa sebulan dua ini. Alhamdulillah semuanya sudah selesai dan beransur stabil. Baik perniagaan mahupun kehidupan seharian. Baik belajar mahupun kerja, masalah yang melanda Kiz, syukur pada Illahi yang memberi rezeki dan rahmat pada kami.

Maka dalam episod seterusnya, berbagai cerita akan kami sajikan. Antaranya ialah :
  1. Kisah Kechix pindah rumah sebab pepijat.
  2. Photoshoot di Majalah Dara.com 
  3. Bazaar pertama untuk tahun 2012 di Law Faculty UiTM Shah Alam.
  4. Iz jual Dadih sekitar Shah Alam . Dahlah dadih sedap gila yummeh.
  5. Pengalaman pertama Kiz photoshoot di white studio.
  6. Kechix bakal sepenuh masa menjadi businessgirl.
Haaa banyak tak banyak lah nak mengelist nye pun aduhai. Jadi sila nantikan setiap episod ya. Cerita kami cerita benar bukan sinetron ok. Hehehe.

Jadi terima kasih kepada masalah yang datang masalah yang pergi. Terima kasih Allah dengan datangnya masalah dari-Mu semakin kerap kami Mengingat MU, berkomunikasi dengan-Mu dan dekat pada-Mu. Banyak perkara akan di kenang dan banyak perkara menjadikan diri matang.

p/s : weeewit header baru lagi. Cak cak gituww. Omel tak? hikhik. 

Cakkk ! kemain iz serius dia. Kemain lebar jugak kechix senyum


Sekian dari Kiz..Jumpa lagi..

Sunday, April 8, 2012

Misteri !





MISTERI MANA HILANGNYA...

KIZ..



nantikan cerita sebenar dalam waktu terdekat..

Masih Ada Plan B, Mari baca!