Saturday, October 30, 2010

Tempat Paling Best Ketika Final!

Tempat paling seronok ketika final sudah tentulah PERPUSTAKAAN jawapannya yang paling tepat.atau mereka gemar memanggil library.atau dalam messange lib sahaja.


Kiz juga tidak ketinggalan memilih perpustakaan sebagai tempat untuk belajar.kerana perpustakaan adalah tempat terbaik untuk kita betul-betul menumpukan perhatian selain keadaan sekeliling yang agak senyap.senang nak masuk.kalau study di rumah ada saja yang menghalang.sekejap nak on9 lah.sekejap lapar lah.macam-macam.


seawal jam 8.30 pagi kiz selalunya sudah bersiap-siap.sarapan jangan di lupa.ingat.otak memrlukan tenaga ya.misi kiz ke library kali ini di sertai dua kawan baik kami.iaitu sha dan aina.seronok pergi ramai-ramai.semangat study membara-bara.baru bleh skor!

ok.jom lah layan gambar di library.


adakah iz akan kelihatan omel bila die menggemokkan pipi beliau?dan kechix dengan mata begitu?

inilah 2 orang bijakpandai iaitu sha dan aina.bff kami juga.

tengok.sangat gigih bila belajar sampai pen ke telinga.

mp4 sony pink kechix punya yang kami selalu berebut.

dan tertidurr...zzzz..
Dan belajar di library juga harus ada tips.dan 4 tips ringkas jika anda memilih library sebagai tempat belajar.
  1. datang awal.selain boleh memilih tempat yang selesa sebelum ramai orang, anda dapat kelebihan duduk dengan tersayang.(eh?)
  2. bawak air.dan choki-choki.dan gula-gula.suasana library yang senyap boleh mengakibatkan anda mengantuk lebih-lebih lagi jika subjek membaca.memang wajib bawa!kalau mak guard tak bagi bawak,bawak juga.sembunyi-sembunyi pun tak apa.hehe.
  3. pilih tempat duduk seorang instead meja besar.kalau anda dan pasangan lebih elok begitu.nanati banyak main.meja seorang lebih fokus!
  4. sarapn dahulu.kemudian dah boleh fokus study sampai petang,ingat.jangan biarkan perut kosong.
sekian dahulu.SEMOGA KITA BERJAYA!

Tuesday, October 26, 2010

Surah Yasin,Peperiksaan dan Kiz

Untuk 3 minggu ini Kiz akan menjalani peperiksaan akhir untuk semester kali ini.perasaan yang berdebar usah di cakap.semester ini kami agak kurang persembahannya dalam pelajaran.mungkin sudah dekat ini dugaannya lain pula.tapi alhamdulillah kami dapat memeperbaiki nya semula pada hujung-hujung hari sebelum peperiksaan.


semua antara kita akan mengalami debaran setiap kali masuk peperiksaan.berapa kali ambil exam pun masih lagi berdebar.sangat.masa itulah nak terkeluar semua blur semua.saya pun!betul.kiz memang lah begini.kelam kabut bila tiba exam.


dan ada pelbagai cara untuk kita mengurangkan dup dap dup dap kita bila hari pepriksaan tiba.

dan kami mengamalkan surah yasin.ya surah yasin.


kita selalunya membaca surah yasin setiap malam jumaat.dan apakata bila tiba musim pepriksaan kita banyakkan lagi membaca surah yasin.surah yasin memang sangat banyak kelebihannya seperti yang kita sedia maklum.mari kita tinjau.


Hadrat Ata Ibn-e Abi Ribah berkata bahawa Rasul-ullah SAW di beritakan telah bersabda,"Sesiapa yng membaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi".


Diriwayatkan pada hadith yang lain,

* Barang siapa membaca surah Yasin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang
membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu,
* barang siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula,
* barang siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula,
* dan bila sesaorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi.
* Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya.
* Dan jika sesaorang itu membaca keatas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya

haa teruja tak baca?sekadar mengingatkan.dan kiz pasti sudah ramai antara kita memang mengamalkan surah yasin.bukan waktu susah sahaja,waktu senang jangan di lupa.


dan untuk musim pepriksaan kali ini yang sudah pun bermula,kiz mengamalkan hampir setiap hari membaca surah yasin.dan apa yang istimewa kali ini,bukan ibu dan mama sahaja yang akan membaca kan surah yasin ketika kami sedang bertungkus lumus menjawab, kami melakukan pula untuk masing-masing.


maksudnya disini,ketika iz sedang exam,kechix akan membacakan surah yasin untuk iz dan begitulah sebaliknya.Alhamdulillah peperiksaan kami waktunya tidak sama maka bolehlah kami melakukan rutin begitu.


tengok bila cerita soal agama terus ayatnya sopan-sopan.suka begini.bagus..


dan selamat berjaya untuk semua kawan-kawan yang mengambil peperiksaan juga.terutamanya pelajar Uitm..

Thursday, October 21, 2010

Senarai Peserta Yang Accepted

First of all,kiz nak cakap seribu satu penghargaan pada semua yang hati kering join contest ni..heeeee...
Ok,kat sini Kiz akan sentiasa update list nama blogger-blogger yang diterima A.K.A menepati syarat Kiz okey..Apa-apa pertanyaan cepat-cepat tanya keyh ( ayat tunggang langgang ).So rajin-rajin la tengok sini okeyh..leh tau saingan-saingan korang ke...hehe..jangan gado sudah..1 MALAYSIA WOH!!

Senarai Nama Blogger Yang Diterima beserta link entri diorang
1. Noor adina abu bakar yang comel   
      http://cahaymataku.blogspot.com/2010/10/aku-suka-taman.html
     

Monday, October 18, 2010

Tuisyen Belog Kiz: Menggunakan Gambar sebagai Header Anda!

Memiliki belog yang cantik dan berseri-seri pastinya menyebabkan "jantung anda berdetak(ambik dari lirik lagu ana rafali,heheh!)" tak terkata sebab perasan belog kita cantik padahal tak cantik...ape lah Kiz merepek ni..introduction yang hancus..hehe
Ok..semua dah datang?Siapa tak bayar yuran 'tuisyen' lagi?Eh,lupa,tuisyen free.

Okey..masa untuk serius mius.Korang perasan tak kat header Kiz garden ni bukan teks mahupun templete.Ini bermakna Kiz buat sendiri header ni...Sebenarnya,header style guna gambar ni dah banyak blogger buat.Yelah..sebab nak harapkan tulisan je tak menarik la belog kita betul tak.
















The BLOG TUTORIAL
STEP 1 :
Macam biasa,log in ke blogger anda

STEP 2 :
Kelik pada design,pilih page element

STEP 3 :
Tekan edit kat bahagian kotak header










STEP 4 :
a)Dah kelik edit?Ok,pada bahagian image,pilih "from your computer".

b)Pastu korang pilih la gambar yang dah korang buat untuk header tu..Kalu boleh masa design gambar tu   gunakan saiz 800X600 pixel atau 800 X 800 pixel okeyh...

c)Lepas itu,pada bahagian placement,pilih "Instead Of title and description"

d)Tanda pada bahagian "Shrink to fit"

e)Save sudah..






















STEP 5 :
Dah siap!da boleh cakap Yeeha! ramai-ramai okey.Pastu tengok header korang tu puas-puas,pastu tido..hehe


Haa,macammana?Senang bukan?Jika senang,sorak Yeeha!!! tapi jika masih tak boleh buat,sorak jugak tapi dalam masa yang sama bagitau kiz ok..Kiz akan cuba guidekan kizter2 dengan sedaya upaya OK!!
P/S : Jika ada pandangan ataupun cadangan , sila labuhkan komen anda di sini ok.

TERIMA KASIH..

Sunday, October 17, 2010

kiz di rumah Hanis Zalikha menyambut hari jadi nya.

Tatkala kechix sedang membuat final year project yang mencabar minda mahupun tenaga.
tet tet( bukan bunyi sebenar) bunyi mesej. you got 1 new message.guest who?
Hanis zalikha.blogger paling popular.dan mesejnya adalah menjemput kechix ke rumahnya sempena sambutan hari jadinya dan her sister alisya.hari sabtu semalam.

dan hari yang di tunggu tiba.lebih kurang 5 petang kami tiba.membawa beg kertas berwarna pink mengandungi hadiah.ehehe.dan bila sampai, di sambut mama hanis,auntie nani di pintu pagar yang memang sudah terbuka.salam-salam cium-cium terus auntie tegur.cantiklah kechix hari ini dan pantas di sampuk oleh hanis,hari ni je ma,hari-hari lah.blushing kechix.hahaha.

duduk-duduk kejap.dah pandang dah makanan yang banyak gile.belum makan pun dah tahu sedap.kalau anda rajin ke blog auntie nanie,tahulah macam mana beliau memasak.semuanya super delicious.semua kiz makan.habis semua pun sedap.spagetti,meehun goreng,nasi impit,serunding daging,sambal kacang,triffle,kek choclate pujaan ramai,buah-buahan dan cupcake.triffle paling sedap.satu pinggan amik pun rasa tak puas makan.wah teringat-teringat.kalah yogurt tutti frutti.opss.

hanis cakap,kak kechix lepas ni kite main game ye.haah?.marlisa dan tina dan raisya pun asyik tanya game apa game apa.tunggu kata hanis.dan kemudian kami masuk kerumah dan mula bermain game concentration.best juga game ni.memerlukan daya tumpuan yang tinggi.tapi kechix awal-awal dah kalah.malu je.iz lambat sikit tapi kalah juga.birthday girl lah menang.
semua teruja main game concentration.enjoy habis.

dah kalah kena keluar.kechix paling awal keluar sebab tak ingat macam mana rentaknya.

marlisa yang mula-mula tak nak main lepas tu paling excited.tina pun.raisya dengan kechix je excited.

dan berborak-borak sebentar.ambil-ambil gambar dan pulang.dapat gift yang comel.bear dan lolipop.homaigod.comel sangat.salam-salam peluk-peluk cium-cium dan pulang.sempat jerit kat auntie nak amik cupcakes 2 mangkuk.buruk pangai.haha..

auntie.kenapa masak sedap sangat.thankz sangat.

kenapa dah nak sama tinggi dengan alisya.saya 22.dia baru 10 tahun.

i love u hanis.muah pipi kanan pipi kiri.

sekian sahaja entri kali ini.terima kasih hanis jemput kiz.tahun depan jemput lagi di persilakan untuk kami.

TUTTI FRUTTI menawan hati.

Semalam kami terpergi Sunway Pyramid.terr lah..maksudnya tak sengaja lah kan..
sebab nak belikan hadiah untuk Hanis Zalikha.sebab beliau menjemput kiz datang birthday party dia dan her sister alisya.lepastu dengan tak sengaja terpergi tempah tiket wayang.dan shopping macam-macam barang.aissh apa punya perangai ni?biasalah nak final.buang tebiat sikit.


dan jalan sana jalan sini.dan terpandang satu kedai yang mencuit hati bila di sebut.ingatkan kedai pemainan sebab comel sangat nama beliau.TUTTI FRUTTI.comel sungguh.lepastu pandang je.nak masuk ke tak nak masuk ke tak.padahal pernah terbaca tentang kedai tutti frutti ni.tapi tak lah sangka sudah di depan mata.

ok.kiz masuk dengan muka yang agak tak tahu nak buat apa.ok.nampak self service.maka terus amik mangkuk yang comel-comel.nak mangkuk pink ke.oren ke.hijau ke.mangkuk tingkat je tak ada.

maka mangkuk hijau pilihan hati.haaa pada yang belum pernah singgah di Tutti Frutti,mari kiz ceritakan

Tutti Frutti merupakan rangkaian francais yang di miliki oleh Kumpulan Naza.hah ko kenal tak Naza?
yang kaya gila.yang ada jenama kereta sendiri.lepas itu,ada motor berkuasa besar.ada hotel.ada makanan.hah semua pun ada.dan tutti merupakan penerokaan kedua Kumpulan Naza dalam bidang makanan dan minuman selepas bummpy gummy shrip.ok.cukup untuk introduction.

Tutti frutti merupakan kedai yang menjual yogurt(sejuk seperti aiskrim) yang mempunyai lebih kurang 18 perisa.dan mempunyai sangat banyak topping untuk di pilih.kedai yang mengendalikan mesin layan diri ini sangat mesra pengguna dan pemakannya.walau tanpa bantuan pelayan kedai,anda masih boleh menghasilkan sendiri yogurt terbaik anda.dan untuk rm5.30 setiap 100gram,setiap mangkuk yang anda laburkan,memang tak rugi.terbaik.malah membuat anda terkenang makan akan selalu singgah ke sini.dan tanpa melengahkan masa, mari kita layan gambar-gambar yang akan membuat anda pasti datang untuk mencuba yogurt tutti frutti sedap sekali.di mulut dan di hati.ececeh.

RM16.30.tapi berbaloi.sedap macam hape.

tengok dari muka dah tau tak sabar nak ngap.

kechix sopan sikit.padahal lepastu...

inilah kelebihan yogurt tutti frutti ni.ok.jom makan selalu.

mesin self service yang mesra pengguna



dah puas makan.



muka tak puas hati sebab nak makan lagi.


ok dah rasa nak makan tak??jomlah..besh..sedap sangat-sangat.
ok insyallah petang ni kiz update bout pergi rumah hanis zalikha ye.tak sabar nak cerita tentang game concentration yang kami main.hee.tunggu.

Thursday, October 14, 2010

Macam adik beradik.

Kalau kita dah lama bercinta,memang tak dapat di nafikan kita akan terbiasa.
maksudnya kita sudah seperti tak malu untuk membuang angin atau sendawa.
tidak malu juga untuk bongkarkan rahsia kita yang sangat bodoh zaman kita kecil dulu.

Tapi.
bila orang cakap muka korang (pasangan kita) macam adik beradik nak suka ke tak?


                               (sumber gambar dari facebook sharima.kechix debab ah muka)

tengok gambar tu.
dan bandingkan ke adik beradik kannya.
bila kawan kami upload gambar tersebut,lagi ramai yang cakap muka kami macam adik beradik.

buat kami tergelak-gelak.

tapi kalau muka dah macam adik beradik.perangai macam adik beradik.macam mana tu??


dan kiz ambil yang positif nya.
semoga ada jodohnya.

Monday, October 11, 2010

penampilan untuk kekasih

mula-mula nak letak tajuk 'chantek-chantek untuk kekaseh' dan tetapi rasa eh eh gedik ke hape pulak kan di tambah kalau chantek untuk perempuan saja.sebab nak buat penampilan untuk gf dan bf.

hari itu,ya.bukan hari ini.masa hang out dengan kak nurul dan bro hazman.bila-borak-borak terkeluar pulak cerita pasal penampilan ini.bro man selalu cakap yang kak nurul kalau keluar dengan dia suka simple-simple.sedangkan bro nak dia cantik-cantik untuk bro man ni.kak nurul cakap dia memang begitu.kalau keluar dengan kawan-kawan baru dia cantik-cantik sebab bagi dia,bro man ni tak kisah apa die pakai.yelah dah lama kawan mesti dah malas nak cantik-cantik untuk bf dia.pulak.

iaitu sangat kontra dengan kechix.hahaha.
kiz kalau keluar bersama sibuk nak pikir pakai baju apa.match x.cantik  x.
kalau dengan kawan-kawan rasanya paling simple.

tetapi sebenarnya kita harus balance.dimana sahaja atau dengan sesiapa saja,penampilan harus di jaga.bukan setakat pakaian.tetapi juga kekemasan diri.betul kan?

bila kita cantik,kita rasa yakin.dan bila kita yakin,kita gembira.bila gembira tentulah bahagia.

dan rasanya tak salah kita menjaga penampilan untuk kekasih kita.jangan malas-malas.kalau belum kahwin pun dah malas,nanti dah ada 2 3 anak,macam mana lah rupa kita kan.

marilah menjaga penampilan agar diri lebih di sayangi.tak rugi.


walaupun tak sekacak orlando bloom atau secantik miranda kerr,rasanya kita masih berhak untuk berhias untuk buah hati.

pesanan khidmat masyarakat dari kizgarden.ececeh..

Saturday, October 9, 2010

4 Tips Menghalau Tikus


Tikus oH tikus,
mengapa engkau kacau rumah aku?,
Macammana aku tak kacau,
Engkau yang tak nak halau;
(Perhatian:Sila nyanyi ikut lagu bangau oH bangau ya)

Wah!Gempak tak lagu Kiz baru reka.Hah,tau,tak gempak...haha..Okeh kali ni Kiz nak sentuh sikit mengenai Tikus AKA Cik.T AKA MRs Kus kus ( kalau tikus tu gurl la kan ).Kali ni Kiz citer sikit pasal tikus kat rumah sewa Iz pastu Kiz story tips ataupun cara-cara nak menghalau tikus-tikus yang melanda di sekitar rumah atau pejabat korang okay.

KISAH SI TIKUS RUMAH IZ

Al-kisahnya..Iz ni suka letak semua makanan-makanan beliau macam maggie , kurma , nescafe bla bla bla dalam beg besar dia.Kisahnya bermula apabila Uitm diberi cuti 1 minggu sempena raya.Apalagi,Iz dengan semangatnya pack-pack barang semua ( Oh,tapi buku-buku lansung tak bawak Ok,bawak pun kompem tak studi,hahah).Dan bila tiba masa nak kuar dari rumah sewa,sedikit kecuaian telah berlaku.Kecuaian kecil yang memberi kesan besar.Apa yang Iz telah buat?

Ahah!Iz terlupa nak zip kan begnya yang penuh dengan makanan tu ditambahkan pula dengan pintu yang ada sedikit lubang pada bahagian bawah.

OK.SEMINGGU TELAH BERLALU

Dah habis dah musim raya,maka musim untuk balik ke rumah sewa sebab kelas dah nak mula keesokan hari.Sampai je kat bilik kat rumah sewa iz.OH MY GOD!kelihatan 3 bungkus maggie dah tinggal bungkusannya je,nescafe pun sama(alamak kantoi Kiz minum nescafe),pastu dengan najis2 Cik T yang comel tu..Fuuuhh..

Dan kesan yang paling best sejak kejadian tu.Tikus-tikus ini bak kata iz "bagaikan seorang pekerja dipejabat,boleh keluar masuk kerja(bilik) sesuka hati".Padahal Iz ada dalam bilik uh,selamba dek je dia keluar masuk.Memang selalu kiz terkejut masa tengah guna laptop sebab tengah syok-syok bukak FB ni tiba-tiba "Gedegang",bunyi tikus masuk dalam bilik secara meluru pastu tak tau apa yang dia terlanggar.Yang Bestnya,tengok belakang terus dah tak nampak apa-apa.

TIPS / CARA-CARA / PETUA MENGHALAU TIKUS
OK,disebabkan ketensyenan dek tikus-tikus tersebut,Kiz terus buat kajian kat internet kaedah yang boleh kita guna nak halau tikus.Kajian la sangat kan,heheh.Daripada tu,Dapat la disimpulkan:

1)Tutup makanan-makanan yang ada dengan bekas plastik:
Kalau kita biar je makanan tu terbiar,alamat ada je peluang,memang terus je diorang serang,"yea,rezeki-rezeki,Alhamdulillah",kata Cik T.

2)Tutup lubang-lubang yang ada pada pintu
Haa,sebab lubang-lubang ni lah yang menjadi punca diorang nak masuk dalam bilik or rumah korang

3)Serai Wangi adalah sangat ditakuti oleh 'mereka'(WAJIB BUAT)
















Mengapa serai wangi?Haa,untuk pengetahuan korang,serangga macam lipas dan tikus ni adalah amat sensitif terhadap bau serai wangi.Ala,macam yang kata pontianak takut bila ada bau bawang tu.haa,so marilah dapatkannya.Iz baru je beli benda ni Kat gaint.Lebih kurang RM10 je harganya..

Semburkan tiap-tiap hari sampailah Tikus-tikus tu dah tak berani masuk lagi Okay.

4)Perangkap Tikus










Haa,yang ni pun boleh digunakan tapi Kiz tak buat cara ni sebab kesian pulak bila tengok diorang mati kan.So , baik lah Kita halau dia pakai serai wangi jek.

APA KATA KIZ?
Hah!apa kata Kiz?Okay,dalam hal ini ( eceeh ),Kiz rekomenkan korang pakai teknik Serai wangi tu selain kaedah-kaedah lain okay.Sebab petua serai wangi ni dah dibuktikan oleh Kechix masa mula-mula diorang masuk rumah sewa diorang.2minggu je istiqamah menyembur serai wangi tu Alhamdulillah dah takde lagi dah tikus dan lipas.

Okes,itu saja untuk kali ni.Ada apa-apa yang nak dikongsikan dipersilakanlah ya..TATA

Thursday, October 7, 2010

Mari Menonton Drama 8 Bulan (BEST!)

Halo-halo,apa khabar disana,huu..Dah lama Iz tak menulis blog,orang busy lah katakan ye..Asyik-asyik Kechix je yang menulis so kali ni Iz pulak yang tulis..Ahah,seperti yang digembar gemburkan kat tajuk atas ni,kali ni Kiz nak citer atau review sikit drama 8 Bulan.Apa?Tak tau?Alaa,yang lagu "Kekanda Adinda" tu,OST drama ni lah..BEST tau drama ni..Kiz baru je habis tengok 2 3 hari yang lalu ( wah,ayat dramatik uu!)

Drama 8 Bulan ni pasal apa?
Okay,drama ni mengisahkan pasal Suami Isteri yang baru berkahwin tapi walaupun dah banyak kali "try(oops,18sx nih,budak-budak jangan baca tau)",tak dapat-dapat jugak anak yang pertama mereka.Hmm,kesian kan.So,senang citer,suami isteri ni kedua-duanya kerja kat satu tempat yang sama tapi jawatan diorang lain-lain.Yang si isteri pangkat lagi tinggi dari si suami.So,diringkaskan citer,suatu hari si isteri ni di offer kan dek bosnya untuk naik pangkat tapi dalam masa yang sama jugak tiba-tiba je si isteri dah ada tanda-tanda mengandung.Perlu diberi perhatian disini,bos nya pulak tak suka pekerja dia yang mengandung sebab nanti akan menganggu prestasi kerja.
Menarik bukan?So,bagaimana si isteri ni nak sorok dari bos dia yang dia dah mengandung?Bagaimana mereka suami isteri nak setelkan masalah kewangan diorang yang sedikit?Adakah last skali si isteri tu dapat anak? AHAH!ikuti Drama ini ya..nanti Kiz akan ajar cara nak tengok Drama ni sebab kalau you all search kat You Tube kompem takde punya..

Apa bestnya drama ni?
Ahah! kepada sesiapa yang belum tengok meh Kiz bagitau apa yang paling menarik dalam drama ni.Yang paling best adalah bila kita tengok gelagat si isteri dan si suami dalam menyelesaikan masalah-masalah diorang.Yang si isteri ni serius sikit pastu suaminya pulak selamba dek je..Memang sibijik perangai Iz dan Kechik.(P/S:sebab tu la Kiz suka tengok citer ni kot).

Tambahan pulak,Drama ni pendek je..8 episod je..2 hari dah boleh khatam sudah..hehe.Pastu drama ni banyak lawak-lawak yang simple,macam lawak-lawak dalam movie omputeh tuu..Tu yang best tuh..Haa,lagi 1,dalam drama ni diorang selitkan apa kebaikan-kebaikan dan faedah yang korang boleh dapat melalui HSBC Amanah,banyak jugak Kiz dapat belajar dari HSBC amanah ni.

Siapa Penaja dan Pelakon utama drama 8 bulan ni?
Oops,dah story panjang-panjang lupa pula nak bagitau siapa pengarah dan pelakonnya.hehe.
First of all,wah,speaking cket,Drama ni ditaja oleh HSBC amanh dan pelakonnya adalah jeng jeng jeng..

Si suami : Rashidi Ishak
















Si isteri : Vanidah Imran ( pelakon berpengalaman uuh )


















Haa,dan untuk pengetahuan semua,diorang ni sebenarnya memang betul-betul dah kahwin dalam dunia realiti ( untuk yang tak tau lah ).Pastu,sifat-sifat yang diorang lakonkan dalam drama ni hampir 100% memang perangai diorang.

Credit sikit
Ehee..terima kasih lah kat kechix sebab memaksa-maksa iz untuk tengok drama ni.Last-last Iz tengok lah jugak..Wah,tak sangka,Best rupanya..Love U cyg( eheh,jiwang sikit)

Bagaimana nak tengok Drama ni melalui Online?
Hmm senang je...
1) Masuk web site ni : http://www.tonton.com.my
2) Register sebagai ahli dalam website nih,jangan risau keyh,free je,sebab kalau tak register tak dapat tengok
3)Pastu korang search je kat bahagian atas tu,type 8 bulan,nanti akan keluar list2 episode drama tu
4)Pastu apalagi,pilih episode 1,LAYAN zassss,gerenti korang suka punya
5)Aaa,pasal kualiti video dalam drama tu memang kureng sikit,tapi ok wat,tak yah nak melangut depat TV tunggu drama tu..haa,satu lagi,pastikan internet anda tidak terlalu lembab okay.


Jadi,apa lagi,Jom layan Drama ni tatkala tensen menyelubungi diri anda dengan pelbagai assignment,test dan presentation yang menanti ..hehe..ni pun Kiz curi curi masa tulis blog tau..Huh,naseb baik tak kantoi Kiz mencuri(entah apa entah Kiz melawak nih).Tata,jumpa lagi di post yang seterusnya Dan,kalau ada tak faham pasal step nak tengok drama ni inform Kiz k..

Tuesday, October 5, 2010

beri lah peluang untuk kami serius berjualan.

ya.berilah kami Ya Allah..

sesungguhnya tahap keminatan kami dalam dunia perniagaan tersangatlah menebal hingga sanggup berbuat apa saja asalkan ianya tercapai.

kiz memang sangat suka berniaga.sumpah sangat.
tapi kadangkala banyak kekangan yang harus kami lalui.
modal.masa.dugaan.dengki.

macam-macam kan.
kadang-kadang mematahkan semangat.kadang-kadang mengghairahkan semangat.

jualan shawl sebelum raya menaikkan semula semangat yang agak sudah pudar.

semoga itu permulaan yg baik itu kami terus melangkah dalam dunia perniagaan yang mencabar.

marilah menyokong kiz garden.kami memerlukan sokongan akwan-kawan semua.

Friday, October 1, 2010

makin hari makin.....

CHENTA..

Terima Kaseh Ya Allah untuk perasaan begini.

indah.
makin dekat makin chenta.
makin hari makin bahagia.
makin di sisi makin serinya.


semoga kita di jodohkan Yang Esa..

Masih Ada Plan B, Mari baca!