Wednesday, March 31, 2010

bersederhanalah dalam berchenta.kamilah.bukan kamulah.

ya.kamilah yang berchenta secara bersederhana itu.bukan kamulah.memang itulah cara kami.dari dulu sampailah sekarang.

dalam berchenta memang semua antara kita ada cara masing-masing.kan?memang semua ada sweetnya dalam berchenta.selalu kita dengar sweetnye mereka.alala sweetnya couple tu.dan memang semua antara kita memang suka sweet-sweet ni.suka kalau kena puji.moralnya,memang kalau berchenta memang nampak sweet semua orang.hormon kalau dalam percintaan membuat wajah kita semua berseri-seri.

kami?beginilah.dari dulu sampai sekarang memang begini.sederhana ajelah.tak.memang dari keluarga sederhana maka jadinya terpaksa lah bersederhana dalam berchenta juga.

kami mengaku kadangkala memang kami sangat teringin nak seperti couple lain.sangat.ada kereta nak jalan sana-sini.ada duit nak beli itu ini.jeles sangat.

sebab,kami tiada apa-apa.pergi mana-mana naik bus lah.naik train lah.jalan kaki lah.hadiah lagilah jangan cerita.murah-murah aje semua.makan pun begitu.warung-warung aje yang mampu.nak makan kfc ke pizza mesti terpaksa kongsi.ambik set 1 person tapi makan 2 person.pastu balik lapa lagi terpaksa makan megi saja.kelakar lah juga kadang-kadang.dan sekarang bila jauh ni lagi lah.naik turun bus dah macam rutin.penat jangan cakap lah.turun bus ni sambung naik bus ni.samapi sini jalan sana sini sambung naik bus lagi.eh.macam pantun lak.hehe.kalau bus itu selesa tak mengapalah.bus lompat-lompat jangan lah cakap kan heaven nya macam mana.

tapi itulah yang membahagiakan kami.kami gelak ajelah dengan keadaan begini.nasib lah memang kami suka gelak-gelak kan.nak hilang kan penat terpaksa lah buat lawak-lawak ujang ke hape kan.

lagi satu yang buat kami masih kekal begini adalah biznes kami.biz lah yang makin merapatkan kami.menguatkan chenta dalam hati.membentuk persefahaman yang jati.ceehwah dia.betul.terima kasih kiz production.

doa kami.semoga kekal sampai mati.semoga kalian juga.semoga kita di rahmati Ilahi ya.

bersederhanalah dalam berchenta.takut-takut kalu over sangat nanti takut tak ke mana.itu nasihat kami pada diri sendiri.

**rindu menggenggam jari**

Monday, March 22, 2010

surat kiriman tak rasmi untuk kekaseh kesayangan

no 3 jalan bunga teratai
2/14 seksen 2
40000 shah alam
selangor

22 mac 2009

Menemui kesayangan saya iaitu encik kekaseh saya yang jauh di perantauan.eh.yang berada di Jementah Segamat.semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera.

incik kekaseh,
saya berharap encik kekaseh masih tidak melupai saya.yelah.manalah tahu kan.tujuan saya sebenar-benarnya adalah untuk mengajak kekaseh berjumpa saya apabila ada kelapangan.walaupun tidak berapa lapang saya terpaksa memaksa incik juga kerana keadaan saya yang agak parah juga kangen ini.kena juga.nanti saya nangis hentak-hentak kaki baru incik kekaseh tahu.ha malu tak malu tak?ok tak.saya malu.

untuk pengetahuan incik,sekarang adalah musim buah-buahan di kebun nenek saya sebelah ibu saya.mereka sedang masak ranum.terutamanya manggis.eh ape incik tak gemar manggis?rambutan gading juga ada.haa incik suka kan.marilah kita bercanda di bawah pokok tembikai.

incik kekaseh,
saya rindu akan gelak geli incik.incik ini dahlah kelakar.pulak tu kalau ketawa lagi kelakar sangat.suara ketawa incik buat say senak perut.nanti kalau senak perut mesti saya ajak incik singgah toilet.kan incik dah susah kena singgah toilet kg jawa.ingat tak hari itu kite gelak geli selepas makan soto kg jawa yang popular di segamat.itu sebab ketawa perut penuh lah.sebab kita dahlah suka buat lawak cap ayam kategori ayam jaguh kan.ah memang lawak ah kan.

incik kekaseh,
agak penat pulak nak menaip lagi.saya berharap sudilah kiranya incik kekaseh datang berjumpa saya.kalau tidak keberatan lah.naikkan berat badan jangan lupa pula.incik kurus lah.gemok la comel.faham?.ok bagus.saya berharap incik setuju dan memberitahu saya secepat mungkin waktu kita boleh pacaran senda tawa ya.saya akan menunggu kedatangan incik kekaseh.

sampai sini sahaja yang sempat saya tuliskan.akhir kata sambutlah salam mesra dari saya untuk incik.saya sayang incik.semoga kita dapat bertemu nanti.

sekian,terima kasih.

yang menchentai mu,

kekaseh hati.

Monday, March 15, 2010

makin suram.makin sunyi.makin sepi.

eh semua-semua lah perkataan yang menggambarkan begitu.itulah blog kiz sekarang.kenapa pun tak tahu lah.rindu sekali menerima komen yang banyak.selalu update.selalu komen blog orang.

kenapa dah tidak?
kalau cakap sibuk mesti menjengkelkan semua kan.sebab macam lah ada jawatan penting sangat.haha.memang ya pun.

blog ini kiz sayang sangat.eh memang kesayangan lah.tapi kemana lah hilangnya keterujaan untuk berblogging seperti orang lain.kiz selalu berbincang hal ini sebenarnya.

k:sayang update lah blog.
iz:ala xde idealh sayang.sayang lah.
k:ala xde jugak.
iz:aah.iz pun xde.

samapi situ je bincang lepas tu tukar topik dah.hah lepas tu terus la lupa nak update.
mungkin kurangnya waktu bersama membuat kami juga semakin kurang topik untuk update.

kerana ini blog kami berdua maka segalanya adalah kami berdua.sebolehnya kami tidaklah hanya mahu memaparkan adegan cinta sana sini kami.kiz sedaya upaya mempelbagaikan isi kandungan yang masih tidak lari dalam konteks cinta.kami mahu menunujukkan bahawa pasangan kekasih bukanlah hanya sekadar memberitahu masyarakat bahawa aktiviti seperti menonton wayang,makan bersama atau dating sana sini adalah perkara yang kami tahu.masih banyak yang di lakukan kita.

tuisyen kiz.cara pakai shawl,guitar,puisi adalah kepelbagaian yang kiz cuba tampilkan.sebolehnya kami cuba tampilkan yang terbaik untuk bacaan kawan-kawan.kalau boleh apabila membaca entry kami biarlah ada sesuatu yang kawan-kawan dapat.bukan sekadar bukak kemudian tutup langsung lupa entry kami.hehe.perasan.kalau ada yang membaca lah.

kiz pasangan biasa.banyak kekurangan.sangat.cuba atasi yang sini.yang sana pula makin silap.sebenarnya kami adalah pasangan yang suka buat hal sendiri.pengalaman lalu yang membabitkan maruah kami tercalar sedikit sebanyak membuat kami faham yang diam itu lebih baik.tidak amsuk campur hal orang juga sangat baik.maka yang baik-baik sajalah kami pilih.

haaiiishh.banyak pula kiz bebel.kalau baca semula dah macam karangan yang mungkin markahnya takat lulus sahaja.

kiz masih mahu berblog.harap dapt sokongan dan semangat semula.
mari seru semangat.yeah.

kepada peminat kedai kizhanie,sedikit waktu lagi terdapat stok-stok baru.maka mari beli.

Wednesday, March 3, 2010

Tuisyen Gitar KIZ!!~episode 1


Ohaiyok..OK,sebelum ni kiz ada buat tuisyen blog,tutorial shawl..ahah..sekarang ni,Kiz nak ajar korang cara main gitar pulak.Saje je nak kongsikan ilmu yang ada..barulha best hidop ni,betul tak.Lagipun Kiz pernah janji haritu nak ajar gitar.Ok,tanpa berlengah-lenguhkan masa lagi..

Anda sudah bersedia??!!!(nada semangat yah)

OK..harini Cikgu Kiz akan ajar pasal gitar dulu yer.OPs,kiz takkan ceritakan pasal asal usul gitar ya sebab sejarah pasal gitar ni anda boleh dapatkannya di wikipedia.Memang cukup jelas terang dan nyata dia akan bagi..Betull..kiz dah tengok dah..

1)OK..cuba teliti gambar ini,























2)Haa...camne?tak faham?faham separuh?blank?Ok,meh sini kiz terangkan ok..start dari atas,
Tuning pegs
tuning pegs tu adalah benda yang kita guna untuk adjust tuning kita tu ke arah tuning yang betul supaya nanti bunyi tak sumbang bila main ok.Kiz akan terangkan benda ni dengan lebih lanjut nanti ya.

Fret
OK,yang anda nampak macam ada banyak bar tu kat bahagian yang kurus menegak tu dipanggil fret ok..yang paling atas tu fret 1,fret 2,fret 3 bla bla bla sampai fret 12 dan seterusnya ok..Yang kiz label f1,f2 tu contohnya..

Body
Seterusnya yang gemok buncit temok2 tu namanya body..body tu lah yang membuatkan bunyi gitar tu kuat untuk didengar disetiap pelusuk telinga manusia.ahaa.

String(tali)
Ahah,nampak kan ada 6 tali tu..setiap tali tu ada namanya sendiri tau...kalau Dari sebelah kiri,tali tu namanya e,a,d,g,b,e.Ada faham..?Hah,penting tau hafal benda ni untuk nak belajar chord nanti.Try lah buat ayat macam "emak(e) ada(a) duit(d) guna(g) buat(b) email(e) "ke.. k

Pick
Haa,yang kecik berbentuk macam segitiga pelik tu namanya pick.Kebanyakkan artis2 dan budak-budak yang dah biasa main gitar akan guna ni untuk main gitar sebab dia akan menyedapkan bunyi.

Hmm.sebenarnya ada banyak lagi bahagian-bahagian gitar kat situ tapi kiz just terangkan yang basic dan penting je ok..leh tanya kiz kalau ada kemusykilan ok.

3)Apa cara pegang gitar yang betul.
huhu...first of all sori gambar tu sangat buruk sebab kiz amek pakai hp jek..so quality dia kurang lah sangat-sangat.Firstly,duduk dalam keadaan yang anda rasa selesa untuk duduk lah kan.then,pastikan siku tu pada kedudukan macam dalam gambar kat atas ni.

Pastikan gitar tu melintang.Maksudnya takde lah terpegang senget ke apa ke.hehe..

OKEYH...itu saja buat kali ini ok..nak tulis lagi tapi tak larat pulak iz ni..huhu..macam biasa,tanya kat komen ye jika ada pendapat atau soalan dan keraguan.OK,nantikan episode 2 lak nanti kiz akan ajar pasal chord,Yeeha!


Seikhlas Hati Iz,


Masih Ada Plan B, Mari baca!