Sunday, October 17, 2010

TUTTI FRUTTI menawan hati.

Semalam kami terpergi Sunway Pyramid.terr lah..maksudnya tak sengaja lah kan..
sebab nak belikan hadiah untuk Hanis Zalikha.sebab beliau menjemput kiz datang birthday party dia dan her sister alisya.lepastu dengan tak sengaja terpergi tempah tiket wayang.dan shopping macam-macam barang.aissh apa punya perangai ni?biasalah nak final.buang tebiat sikit.


dan jalan sana jalan sini.dan terpandang satu kedai yang mencuit hati bila di sebut.ingatkan kedai pemainan sebab comel sangat nama beliau.TUTTI FRUTTI.comel sungguh.lepastu pandang je.nak masuk ke tak nak masuk ke tak.padahal pernah terbaca tentang kedai tutti frutti ni.tapi tak lah sangka sudah di depan mata.

ok.kiz masuk dengan muka yang agak tak tahu nak buat apa.ok.nampak self service.maka terus amik mangkuk yang comel-comel.nak mangkuk pink ke.oren ke.hijau ke.mangkuk tingkat je tak ada.

maka mangkuk hijau pilihan hati.haaa pada yang belum pernah singgah di Tutti Frutti,mari kiz ceritakan

Tutti Frutti merupakan rangkaian francais yang di miliki oleh Kumpulan Naza.hah ko kenal tak Naza?
yang kaya gila.yang ada jenama kereta sendiri.lepas itu,ada motor berkuasa besar.ada hotel.ada makanan.hah semua pun ada.dan tutti merupakan penerokaan kedua Kumpulan Naza dalam bidang makanan dan minuman selepas bummpy gummy shrip.ok.cukup untuk introduction.

Tutti frutti merupakan kedai yang menjual yogurt(sejuk seperti aiskrim) yang mempunyai lebih kurang 18 perisa.dan mempunyai sangat banyak topping untuk di pilih.kedai yang mengendalikan mesin layan diri ini sangat mesra pengguna dan pemakannya.walau tanpa bantuan pelayan kedai,anda masih boleh menghasilkan sendiri yogurt terbaik anda.dan untuk rm5.30 setiap 100gram,setiap mangkuk yang anda laburkan,memang tak rugi.terbaik.malah membuat anda terkenang makan akan selalu singgah ke sini.dan tanpa melengahkan masa, mari kita layan gambar-gambar yang akan membuat anda pasti datang untuk mencuba yogurt tutti frutti sedap sekali.di mulut dan di hati.ececeh.

RM16.30.tapi berbaloi.sedap macam hape.

tengok dari muka dah tau tak sabar nak ngap.

kechix sopan sikit.padahal lepastu...

inilah kelebihan yogurt tutti frutti ni.ok.jom makan selalu.

mesin self service yang mesra pengguna



dah puas makan.



muka tak puas hati sebab nak makan lagi.


ok dah rasa nak makan tak??jomlah..besh..sedap sangat-sangat.
ok insyallah petang ni kiz update bout pergi rumah hanis zalikha ye.tak sabar nak cerita tentang game concentration yang kami main.hee.tunggu.

No comments:

Masih Ada Plan B, Mari baca!