Thursday, June 25, 2009

malu tetapi bersyukur

dedicate to all kiz's followers.


malu.segan.tersipu.betul.tak tipu.dan sebenarnya teruja.dan sebenarnya suka dan gembira.blog ini sudah ada yang membaca.kami tidak menyangka.jauh untuk memaksa.tidak juga mengharap.kami hanya berdoa agar dapat menulis segala entry dengan baik dan sedaya upaya tidak kelihatan jelik di mata yang membaca.


blog ini kami cipta kerana mahu meluahkan dan mengeluarkan serta berkongsi rasa indah yang di kurnia-Nya.langsung tidak mahu menjadikan blog ini kotor dengan kata-kata yang tidak indah.segala rasa yang selesa dan gembira kami mahu tempatkan di sini.kami tidak bersama setiap hari.maka setiap hari tidak punya new post.kami harus memikirkan yang terbaik dalam setiap entry.


emosi ini sukar di terjemah.dizahirkan melalui kata-kata.dan blog ini adalah anatara tempatyang paling seronok.walau ada yang geli.dan benci.dan mengeji.serta mencaci.kami tidak mmengapa.betul.tidak mengapa.kami sedar kami tidak mampu memuaskan hati semua.maaf.kami hanya terdaya melakukan ini.jangan bimbang.akan di perbaiki selalu.


terima kasih kepada(semua followers)tanpa kamu blog ini mungkin sunyi.mungkin juga senyap.tidak juga berpenghuni.sangat bersyukur kerana masih ada yang mahu follow.harapan,agar kita berkawan dan memberi sokongan antara satu sama.maaf kiranya kami belum sempat follow blog kamu.


maaf.sekali lagi.maaf di atas segala kelakuan yang tidak sengaja.


::we very glad we found each other::

Friday, June 19, 2009

antara shah alam dan segamat

apabila semester baru bermula tidaklama nanti,maka kami akan semakin menjarak.kechik di shah alam.izz di segamat.mencari titik temu untuk berpacaran dengan gembira.dimanakah letaknya itu nanti.semoga Allah mengizinkan perjumpaan dengan barakah.ops seperti sangat baik.maka,anasir-anasir yang tidak elok harus di jauhi dari kami.kami hanya mahukan ketenangan apabila bertemu muka antara satu sama.

sudah jauh.sudah tidak dekat.sudah tidak nampak kelibat.sudah tidak nampak muka.sudah tidap dapat menggeget.sudah tidak dapat makan bersama.sudah tidak boleh janji apa pakaian untuk kuliah nanti.sudah tidak dating di library.ok,sudah-sudahlah.

apa yang kami uar-uarkan,ini adalah kenyataan.kami masih elok.kami masih gembira.kerana kami tahu dan percaya.chenta kami kukuh dan tegap.dan ianya kuat.tidak juga mudah di ceroboh.maka tidak dapat di pecahkan.jadi,sila bagi kami peluang untuk melalui fasa baru ini dengan tenang.Tuhan,semoga yang baek-baek itu adalah untuk kami.


::p/s:maaf.entry kali ini mempunyai elemen-elemen jiwa-jiwa.maafkan kami.kechik juga sedang memujuk izz memilih jurusan yang sama.sila pujuk dia juga.nanti kami dapat berpacaran lagi.

Thursday, June 11, 2009

suatu malam

malam.bukan pagi.bukan petang.tidak juga tengah hari.tidak ada kena mengena dengan kala malam bulan mengambang.

suatu malam..

izz:cyg,izz syg sgt banyak-banyak.
kck:alala.kck ag banyak.
izz:tak,izz lagi banyak.
kck:kck lagi banyak-banyak-banyak.
izz:izz lagi banyak-banyak-banyak-banyak
kck:kck!
izz:izz!
kck:kck la!
izz:izz la!
kck:kck!
izz:ok-ok,sama-sama ok.
kck:ne boleh,kck!
izz:izz!

masih berlarutan.kalau ada depan mata mungkin sudah geget-geget.eh.jangan buruk sangka.kck suke geget lengan die.izz diam je.mungkin redha dengan attitude kck yang suke menggeget di kala geram.itu la,sapa suruh amik kck's moo moo.kan dah kena.naseb badan.

keesokan harinya..

kck:kck!
izz:izz!
kck:kck!
izz:izz!

bilakah akan diam dua makhluk ini.degil.ok.dah diam.dua-dua pergi toilet.

cerita ini bukan jua rekaan.tidak juga di reka.lantas bukanlah tiruan.tidak juga ditiru.
*tempat dan nama sebenar terpaksa di rahsiakan.keselamatan kedua belah terpaksa dijaga kerana kedua-duanya akan berkahwin tidak lama lagi.ok.kck dah miang.izz pan miang juga.ok dua miang keladi.kenapa keladi.bukan sawi atau bayam.ok dah.

lagu ini kami shuke. (tiada kena mengena dengan cerita di atas,tidak juga kena mengena dengan sesiapa)

seluruh kota merupakan tempat bermain yang asyik
owh senangnya aku senang sekali
kalau begini aku pun jadi sibuk
berusaha mengejar-ngejar dia

matahari menyinari semua perasaan chenta
tapi mengapa hanya aku yang di marahi

di musim panas merupakan hari bermain gembira
sang gajah terkena flu
pilek tiada henti-hentinya
sang beruang tidur dan tak ada yang berani ganggu dia
owh sibuknya aku sibuk sekali

this is theme song cartoon sin chan.kami sangat menggemarinya.
tips**lagu ini boleh di nyanyikan ketika pasangan sedang merajuk atau runsing.
kck dah cuba.taktik ini berkesan.

Tuesday, June 9, 2009

Kami Sepadan

sepadan.bukan padan muka.eyh,memang muka kami padan.ramai tegur kata muka kami iras.tak tahu bahagian mana.tapi kami suka.suka dengar.bermakna mereka perhatikan kami.perhatikan bermakna pandang.ok.kami suka sampai senyum lebar sebab mereka puji.

"muka korang same"

"u all ni memang ada iras kan"

antara komen menarik untuk di dengari.hahaha.
ni dia muka-muka makhluk berhati comel

tapi kawan-kawan,memang kami sangatlah serasi.kami selalu gembira kerana apabila borak,sangat banyak perkara yang kami mahukan adalah sama.

1.mahukan mini cooper merah
2.mahukan set karaoke di rumah
3.mahukan 2 kanak-kanak chomel*(anak-anak)
4.maukan empayar perniagaan yang besar

maseh banyak,tapi cukup ini.
karakter kami sebenarnya di pengaruhi oleh banyak perkara.bulan kelahiran dan kedudukan dalam keluarga juga sedikit tak banyak mempengaruhi sikap kami.

cuba lihat ini.

Personaliti anak tengah.(iz)
1.lebih berdikari berbanding anak sulung atau adik beradik lain ( iz memang sangat berdikari.dia bijak)
2.lebih percaya dengan keyakinan diri ( sangat yakin untuk membuat biz)

3.suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri (ni besh.die pandai membuat kecik ketawa chumil)
4.sering merasakan diri mereka terpinggir (shuke majuk2 manja)
5.terlalu mengalah (die memang kuat mengalah ngan kecik)

Personaliti anak tunggal (kecik)
1.sering merasakan diri mereka kesunyian (naseb dah ada iz)
2.lebih berkeyakinan kerana sudah biasa segala yang di hajati tercapai (memang!tanya iz)
3.lebih bijak bergaul (kot.peramah la bajek)
4.lebih cepat matang (yeke?cam tak je)
5.terlalu rapat dengan ibubapa walau usia makin meningkat (absolutely.mula2 masuk u asyk nangis.ari-ari mesti melaporkan kepada ibu)
6.sukar bertolak ansur dengan orang lain (naseb lah iz kuat mengalah)

sepadan bukan? kami sangat mudah untuk berbincang.perkara yang sangat di senangi.
lagi.bulan kelahiran pula.

MEI (kecik)

* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros

DISEMBER (iz)

* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
* Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
* Cepat marah.
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
* Benci pada kongkongan.
* Suka berlawak.
* Pandai buat lawak dan berfikiran logik



kan dah cakap.sepadan kan.ok.dah.asyik puji diri sendiri.sila doa banyak-banyak harap kami kawin!siyes.nak kawin (miang).hahaha..

Monday, June 8, 2009

kangen!

Kami berjumpa juga setelah kangen tahap tak boleh tahan menjelma.perancangan awal diatur,dan...
pertemuan berlangsung.masalah-masalah yang berlangsung hilang pergi begitu sahaja tatkala
menatap muka muchuk kiz.
walaupun sekejap cuma,tapi cukup berharga.kerana kiz begitu berharga(hahaha-tak boleh blah).

destinasi=city square,jb

berpimpin erat dan berjalan laju sampai tahap nak lari-lari anak kerana masa
sangat cemburukan kami yang tiut miut ini.
mungkin masa tak berapa tiut lantas kami di cemburui.(merepek!)
terus menuju ice blog.
kak,bagi milk shake choclate siap ngan pearl beserta oreo blended eyh.
ok,akak tu terus amik blender dia.kami tunggu sambil sambil bercakap dalam hati suruh akak apron pink cepat.
banyak lagi halatuju kami perlu dilakukan.jam 6 iz sudah perlu pulang ke campus terchenta.
dapat ice blog terus rasa nak update blog.hahaha.bukan.

kami menuju kaunter wayang.mencari filem apakah.setelah berpusing dua round di poster-poster gergasi,
Hannah Montana the movie di persetujui.bukan kerana minat sangat filem keluaran disney,tapi kamu mahu cerita
yang rilex dan nyaman serta tidak memerlukan minda yang tajam untuk difikirkan.ok,tiket jam 3.25 petang.
kaki di hayun lagi.seterusnya,makan takoyaki. MAKAN TAKO!
kecik memang suka tahap gaban dengan takoyaki yang chumil dan gmox saja rupa bentuknya.
bro,6 biji takoyaki ye.ok,rm9.
mula makan dengan lahap.sambil bukak new lappy kecik.jakun.siap
pasang broadband.bajek nak update blog. muka gmox n muka kurus minum n lepak
tapi lappy itu terbiar tatkala kami mula membincangkan hal laen.tajuk perbincangan tak laen tak bukan,"how to increase kiz income?"
adakah kiz makin mata duitan apabila melihat lambakan duit syiling dan rm1?tidak.seperti yang kalian sedar lagi gembira,kami udah berjauhan,
perbelanjaan meningkat,kos pertemuan juga meningkat dengan mendadak.kalau dulu,ekonomi merudum manapun,kami maseh ada pondok terapung
dan berbekalkan 2 kotak air choclate,kami masih gembira main geletek-geletek pinggang.tapi kini tidak lagi.



selepas melahap takoyaki,masih awal untuk nonton.jadi harus riki-riki(bermaksud pusing-pusing) city square.perlu membeli pen drive put yang hilang akibat bus berpusing dengan dahsyat.ok,dah beli.jadi perut harus makan pula.tapi kecik kenyang.iz saje makan kerana dia lapar.adakah sebab lain untuk makan?

3.25.masuk panggung.mula rasa berdekatan.jadi sayang yang teramat.kangen melimpah ruahnya.menonton film ini bikin kami jadi tidak sabar mahu menghasilkan single kami.amboi.gedix pule mahu single.tapi kawan-kawan,film ini besh.rasa mahu menari-nari
sama bersama miley.hahaha.this is good film to watch.suara miley sangat indah seperti terbuai-buai lantas mahu bermain buaian sambil di hayun oleh izz.
keluar panggung,kami terus nak balik.sambil tersesat kat tempat yang sama.apahal?
tapi dah jumpa jalan keluar.ok,bus tiada.bukan,lambat sampai untuk menuju terminal larkin.
tapi sampai juga dia bus itu dengan muka lemah lembut.ok,sampai larkin.tandas dulu.sebab muka kecik dan izz dah senget-benget tahan-tahan.


settle.now,akan membawa haluan masing-masing.kecik pulang ke rumah,izz pulang ke campus.lumba-lumba.sape sampai dulu,dia dapat makan mandi dulu.
sedihkah? mula membiasakan diri.selepas ini,this is kiz way.berjauhan dan berjumpa sekali-sekala.tidak mengapa.semoga yang baik-baik untuk kiz.

jadi.perjumpaan yang indah.
kami membuat kenangan.

kiz,berjumpa lagi di lain siaran.yaahaaa!thank u,as always.BANG!!!


to saadahsaadun.terima kaseh.sokongan tak berbelah bagi dari kamu membuat kami teruja.

Masih Ada Plan B, Mari baca!